Monday, January 31, 2011

PENIPUAN PERJANJIAN BRETTONWOODS 1945

Tahukah anda bahawa wang-wang kertas dalam edaran di seluruh dunia hari ini sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi? Sejarah merekodkan bahawa peristiwa "pecah amanah" yang telah dilakukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat pada Perjanjian Brettonwoods 1945 terhadap 44 buah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.

Memang pada mulanya Amerika Syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar Amerika ada disandarkan emas (USD35/oz emas). Tetapi ini hanyalah tipu-daya mereka memerangkapkan ummah menerima Dollar Amerika sebagai "matawang reseb" (Reserve Currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah negara tersebut!

Pada masa tersebut dikatakan "Dolar Amerika adalah sama seperti simpanan emas" (Dollar Amerika as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberikan bai`ah kepada Amerika Syarikat, negara ini mula mencetak lebih banyak Dollar daripada sandaran emas yang ada! Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpin-pemimpin negara yang sedar, lantas segera meminta emas yang dijamin.

Sejarah mencatatkan pada masa pemerintahan Presiden Richard Nixon iaitu tahun 1971, Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan emas lagi. Semua wang kertas adalah dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun! Inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan!

Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...