Saturday, January 1, 2011

Nilai Wang Kertas Susut Dlm Jangka Masa Panjang

Graf jelas menunjukkan nilai emas semakin meningkat,
manakala nilai wang kertas semakin menurun.
Fakta yang tidak boleh dipertikaikan lagi ialah, bahawa wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah. Saya katakan lemah kerana nilai wang kertas sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Faktor ini sekaligus menyebabkan kuasa beli wang kertas semakin berkurangan.

Mari kita ambil satu contoh mudah, cuba kita bandingkan duit poket yang diberikan kepada pelajar sekolah pada era 1980-an dan hari ini, tahun 2011. Pada era 1980-an, kebanyakan pelajar sekolah hanya membawa 20 sen sebagai duit poket. Cukup untuk membeli nasi dan minuman.

Bagaimana dengan tahun 2011? Duit 20 sen yang jatuh di tengah jalanpun, mungkin kita tidak akan pandang. Majoriti ibu-bapa sekarang yang kita dengar akan memberikan duit poket kepada anak mereka sekurang-kurangnya RM2. Dengan kata lain, ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa kuasa beli wang kertas merosot dalam jangka masa panjang.

Jadi... pilihlah untuk menyimpan emas. Di samping nilainya semakin meningkat, ada banyak lagi kelebihannya yang lain!

Rujukan: "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" oleh Sdr. Syukor Hashim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...