Dinar & Dirham |
Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid. Malah koin-koin Dinar & Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah ke zaman Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh Kerajaan Islam. Pada tahun 75H terjadi satu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan. Demi mempertahankan keunggulan Kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam yang pertama.
Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang universal tanpa mengira negara yang menempanya. Ianya adalah satu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai satu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau kuasa.
Tahukah anda koin Dinar dan Dirham nilainya berada pada sukatan berat timbangan logamnya? Ini bermakna bahawa nilai koin-koin ini berada pada zatnya. Berbeza dengan wang kertas dimana nilainya hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata-mata! Ini juga bermakna koin Dinar dan Dirham nilainya 'ditentukan' Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah SWT adalah Ar Razak (Allah SWT Pemeberi Rezeki). Allah SWT sendirilah yang menentukan banyak manakan emas dan perak mampu digali oleh manusia. Sebaliknya wang-wang kertas, nilainya ditentukan oleh pihak yang berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki?
Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.
Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment