Monday, January 31, 2011

PENIPUAN PERJANJIAN BRETTONWOODS 1945

Tahukah anda bahawa wang-wang kertas dalam edaran di seluruh dunia hari ini sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi? Sejarah merekodkan bahawa peristiwa "pecah amanah" yang telah dilakukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat pada Perjanjian Brettonwoods 1945 terhadap 44 buah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.

Memang pada mulanya Amerika Syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar Amerika ada disandarkan emas (USD35/oz emas). Tetapi ini hanyalah tipu-daya mereka memerangkapkan ummah menerima Dollar Amerika sebagai "matawang reseb" (Reserve Currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah negara tersebut!

Pada masa tersebut dikatakan "Dolar Amerika adalah sama seperti simpanan emas" (Dollar Amerika as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberikan bai`ah kepada Amerika Syarikat, negara ini mula mencetak lebih banyak Dollar daripada sandaran emas yang ada! Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpin-pemimpin negara yang sedar, lantas segera meminta emas yang dijamin.

Sejarah mencatatkan pada masa pemerintahan Presiden Richard Nixon iaitu tahun 1971, Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan emas lagi. Semua wang kertas adalah dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun! Inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan!

Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Sunday, January 30, 2011

Apakah Itu Dinar & Dirham?

Dinar & Dirham

Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan "Dinar" berasal dari perkataan "Denarius" iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan "Dirham" pula berasal dari perkataan "Drachma" iaitu koin matawang perak Parsi.

Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid. Malah koin-koin Dinar & Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah ke zaman Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh Kerajaan Islam. Pada tahun 75H terjadi satu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan. Demi mempertahankan keunggulan Kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam yang pertama.

Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang universal tanpa mengira negara yang menempanya. Ianya adalah satu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai satu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau kuasa.

Tahukah anda koin Dinar dan Dirham nilainya berada pada sukatan berat timbangan logamnya? Ini bermakna bahawa nilai koin-koin ini berada pada zatnya. Berbeza dengan wang kertas dimana nilainya hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata-mata! Ini juga bermakna koin Dinar dan Dirham nilainya 'ditentukan' Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah SWT adalah Ar Razak (Allah SWT Pemeberi Rezeki). Allah SWT sendirilah yang menentukan banyak manakan emas dan perak mampu digali oleh manusia. Sebaliknya wang-wang kertas, nilainya ditentukan oleh pihak yang berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki?

Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

STICKER: "We Accept Dinar & Dirham"


Bagi menunjukkan sokongan terhadap kebangkitan Dinar & Dirham sebagai Matawang Syariah (Tidak melanggar undang-undang kerana ia hanyalah alat pertukaran dalam transaksi, bukan matawang paksaan "Legal Tender"- sah diperlaku) , sila tampalkan sticker ini di premis-premis perniagaan anda, di kereta, di bilik, di rumah, di blog, di facebook dan lain-lain tempat yang difikirkan sesuai. Ayuh sebarkan kepada semua!

Thursday, January 27, 2011

HARGA EMAS 5 & 10 TAHUN


KENAIKAN 220.75%, PURATA 44.15% SETAHUN


KENAIKAN 385%, PURATA 38.50% SETAHUN


Tuesday, January 25, 2011

Strategi Perniagaan Unta Abdul Rahman bin Auf

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Sangat hebat!

Friday, January 21, 2011

BUAT LOAN BELI EMAS

Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang bergiat dalam bidang perniagaan emas ini, ramai yang bertanyakan soalan seperti ini kepada saya. Jawapan saya semestinya "Berbaloi!!"

Saya dedahkan rahsianya kepada anda,


TEKNIK BELI & SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais dll...?

Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.

Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?

Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.

Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM 100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM 100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.

Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100k secara percuma!! Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100k selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100k bagi tempoh 20 tahun.

Tetapi boleh kah pelaburan di ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh masa 4-7 tahun shj?

Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun2 berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.

Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak2 berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?

Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?
Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.
Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi2 diluar jangkaan.



TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING


Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut :

1- Beli emas RM 100k
pajak dapat RM 70k

2- Beli lagi emas RM 70k
pajak dapat RM 49k

Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%). 

Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.

Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500)
Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825)
Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548)
Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)

Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000). 

Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!

Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samaada :

a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM 100k kepada bank.

---->> Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00
---->> Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan


b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.

---->> Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma.
---->> Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang    lebih besar.

Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.

Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!

Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini?

Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?

Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!

Tuesday, January 18, 2011

SEMINAR MINISIRI DINAR EMAS KELANTAN (MDEK 2011)

“Kearah Menyemarakkan Matawang Syariah”

TARIKH: 29 Januari 2011 (Sabtu)
TEMPAT:  Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kelantan

Suatu peluang keemasan untuk menyedari kezaliman sistem kewangan semasa bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kemelut krisis kewangan yang bakal melanda. Kepada pihak yang inginkan jaminan harta simpanan, keadilan dalam perdagangan dan kesempurnaan dalam beribadah, dijemput hadir beramai-ramai.

Pengenalan

Demi melestarikan usaha mengembalikan matawang Syariah di Malaysia, Halaqat Negeri, Kelantan Golden Trade bersama Al-Qafilah International akan mengadakan sebuah seminar bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan Dinar & Dirham dikembalikan dalam muamalah umat Islam.

Pengisian

• Kebangkitan Dinar & Dirham -Pandangan Global
• Keruntuhan sistem matawang kertas masa kini
• Kezaliman riba matawang kertas
• Kegunaan Dinar & Dirham dalam kehidupan
• Dinar & Dirham dalam Syariah
• Masa depan sistem kewangan Dinar & Dirham

Program Cadangan (tertakluk kepada perubahan dan pengesahan)

09:00 am - Pembukaan oleh Penganjur
09:10 am - Ucaptama & Perasmian oleh Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
09:45 am: - Topik 1: Kebangkitan Dinar & Dirham – Pandangan Global
11:00 am: - Topik 2: ‘Fractional Reserve’ – Mekanisma Pengeluaran Debu Riba
11:25 am: - Topik 3: Kemunculan dan Kejatuhan Wang Kertas
11:50 am: - Topik 4: Wang Kertas lawan Wang Dinar
12:15 pm: - Topik 5: Allah Telah Mengistiharkan Perang, Kamu Di pihak Mana?
02:00 pm: - Topik 6: Kegunaan Dinar & Dirham
02.30 pm: - Topik 7: Program Pembangunan Dinar Emas Kelantan
03:00 pm: - Topik 8: Dinar Dirham – Langkah Kehadapan
04.00 pm: - Topik 9: Peluang Perniagaan bersama Sahabat Emas Resources
04.20 pm: - Penutupan oleh Prof. Umar Ibrahim Vadillo, CEO, Kelantan Golden Trade

Pembukaan oleh Penganjur

Ucaptama & Perasmian oleh Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Topik 1: Kebangkitan Dinar & Dirham – Pandangan Global
Topik 2: ‘Fractional Reserve’ – Mekanisma Pengeluaran Debu Riba
Topik 3: Kemunculan dan Kejatuhan Wang Kertas
Topik 4: Wang Kertas lawan Wang Dinar
Topik 5: Allah Telah Mengistiharkan Perang, Kamu Di pihak Mana?
Topik 6: Kegunaan Dinar & Dirham
Topik 7: Program Pembangunan Dinar Emas Kelantan
Topik 8: Dinar Dirham – Langkah Kehadapan
Topik 9: Peluang Perniagaan bersama Sahabat Emas Resources

Penutupan oleh Prof. Umar Ibrahim Vadillo, CEO, Kelantan Golden Trade

Penjualan Dinar & Dirham dan persembahan Nasyid akan turut memeriahkan acara

Yuran Pendaftaran

1. Seminar sahaja = RM 50.00 seorang
2. Seminar beserta sijil = RM 60.00 seorang

(Bahan seminar dan makanan disediakan)

Cara Bayaran

1. Cek boleh dibuat kepada Al-Qafilah International Sdn Bhd" atau;
2. Deposit wang ke akaun no. 562759-107970 di mana-mana cawangan Maybank

Hubungi:
1. Amzar
2. Zahimi

T. 03 7729 9640
M. 017 882 4223

E: info@al-qafilahinternational.com

Saturday, January 15, 2011

MENYIMPAN: 1 Bulan, 1 Dinar


Mari mula menyimpan, "1 Bulan, 1 Dinar" bersama Rangkaian Borneo PowerGold. Miliki dinar anda segera (cara pembelian, sila rujuk panduan di sebelah kanan blog ini). 10% drp keuntungan tahunan atas pembelian anda akan disalurkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim. Belilah dinar anda sekarang utk simpanan di dunia & akhirat...

Wednesday, January 12, 2011

Pengiraan Zakat Emas




Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150


2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)


Tuesday, January 11, 2011

Ramalan Harga Emas Tahun 2011

Ramalan Harga Emas pada Tahun Hadapan 2011
22 Disember 2010: NEW YORK (Commodity Online): Pada setiap penghujung tahun, ini adalah masa untuk semua komiditi membuat ramalan tidak ketinggalan ramalan untuk emas. Sebagai harga penutup untuk emas pada tahun ini, 2010, banyak ramalan yang telah dikeluarkan oleh komoditi-komoditi emas. Ada diantara mereka menyasarkan harga emas akan menaik antara $1500  per ounce sehingga $2000 per ounce. Apa yang pasti harga emas akan merempit dan melonjak lagi pada tahun 2011.

Diantara ramalan harga emas yang telah dibuat oleh komiditi-komoditi emas terkemuka untuk tahun 2011:

Bullion Research Desk of Commodity Online:
Harga Emas harga berkisar sekitar $ 1500 – $ 1600 per ounce pada 2011. Harga emas dijangka akan naik pada tahun 2011 disebabkan oleh keadaan dolar AS yang tidak seimbang serta mata wang yang lain, pengeluaran emas yang berkurangan, peningkatan masalah perlombongan dan permintaan untuk perhiasan emas yang semakin meningkat . Harga emas dijangka melepasi $ 1500 per ounce.

Global commodities guru Jim Rogers:
Harga emas dijangka mencecah melebihi di atas $ 2000 per ounce berikutan masalah inflasi yang semakin ketara.

Saxo Bank:.
Harga Emas diramalkan akan berada pada $ 1,800 per ounce pada tahun 2011 jika Dolar AS semakin kukuh, mencetuskan perang mata wang segar di Pasifik yang pasti tekanan akan tertumpu kepada China dan pelabur pula akan beralih ke pelaburan emas yang lebih stabil secara tidak langsung akan melonjak emas kepada  $ 1800 per ounce.

Henderson:
Harga Emas akan naik ke $ 1600 pada tahun 2011.

PricewaterhouseCoopers:
Kaji selidik yang dijalankan ke atas 44 pelabur dan eksekutif perlombongan emas yang dilakukan oleh PricewaterhouseCoopers’s Canadian Mining Group anggaran kenaikan emas sekitar $ 1500 per ounce untuk 2011.

BNP Paribas:
Apakah anggaran rata-rata $ 1,500 dalam 2011.

Goldman Sachs:
Telah menetapkan sasaran emas selama 12-bulan yang akan datang kepada $ 1690 per ounce.

Capital Economist:
Berikutan kebimbangan inflasi meningkat, harga emas dijangka akan melonjak ke £ 1,600 pada tahun 2011 dan mencapai $ 2,000 pada akhir 2012.

ABN AMRO / VM Group:
Ini telah meningkatkan rata-rata anggaran sebelumnya 2.011 emas sebesar $ 35 sampai $ 1459, naik dari $ 1.424 pada bulan November.

Oleh yang demikian, ambillah peluang yang ada sekarang untuk menambah stok emas yang sedia ada berasaskan ramalan harga emas yang telah dibuat oleh pelabur, pembaca, penjual bullion dan kerajaan sejak beberapa minggu terakhir ini.

TEKNIK MENJANA KEUNTUNGAN DGN EMAS


1. Beli emas fizikal dan simpan selama mungkin sebagai aset.
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
4. Menjana keunt
ungan dgn Akaun Simpanan GIA (Public Bank).
5. Menggunakan teknik pajak di Ar-Rahnu.
6. Menyimpan sambil berniaga emas.

Saturday, January 8, 2011

AMARAN PUBLIC GOLD

10 SEBAB MENGAPA PERLU MEMILIH EMAS SEBAGAI SIMPANAN

1. Emas ialah kekayaan yg sebenar.
2. Harga emas sentiasa meningkat dlm jangka masa panjang (sebaliknya bagi nilai wang kertas).
3. Aset yg terunggul.

4. Tidak boleh dimanipulasikan (spt yg pernah dibuat oleh George Soros dulu)
5. Warna kuning keemasan yg menarik & tidak akan pudar selamanya.
6. Emas tidak boleh dibinasakan (takat lebur emas 1064 °C)
7. Tahan lasak.
8. Mudah dibahagikan kpd unit yg kecil tanpa menjejaskan nilainya.
9. Ia sukar diperoleh (hanya Geologist yg tau betapa sukarnya melakukan kajian bagi mengenalpasti kewujudan rizab emas).
10. Boleh digadai utk mendapatkan pinjaman (utk dijadikan modal pusingan atau digunakan semasa kes kecemasan).

Thursday, January 6, 2011

Tawaran Menyertai Rangkaian Borneo PowerGold!



TAWARAN MENYERTAI RANGKAIAN BORNEO POWERGOLD

Salam ceria dan salam persaudaraan semua!

Saya dengan sukacitanya mempersilakan anda walau di mana jua berada untuk menyertai Rangkaian PowerGold. Penyertaan adalah percuma dan dibahagikan kepada tiga kategori, sebagaimana keterangan berikut:

3 Kategori Penyertaan:
  1. Normal Dealer
  2. Pembeli & Penyimpan
  3. Peminat
Kategori 1 (Normal Dealer)
  • Memerlukan modal sekurang-kurangnya RM 20,000.00. Wang tersebut digunakan untuk membeli emas keluaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Emas tersebut anda akan simpan sendiri atau di Ar-Rahnu. Setelah pembelian tersebut dibuat, anda secara automatik terlantik sebagai Normal Dealer syarikat berkenaan. Dokumen perlantikan akan dikirimkan beberapa hari selepas urusan pembelian itu dibuat.
  • Sebagai Normal Dealer, anda akan menikmati 2 keistimewaan. Pertama, setiap belian peribadi/jualan diberi komisyen 1%. Kedua, belian semula daripada pelanggan anda diberi komisyen 0.5%. Selain itu, ada banyak lagi keietimewaan sampingan yang lain.
  •  Saya selaku peneraju Rangkaian PowerGold akan membantu anda berurusan dengan Public Fine Gold International Sdn. Bhd. untuk menjadi Normal Dealer (dari A-Z).
  • Latihan dan bimbingan sebagai dealer akan diberikan dari semasa ke semasa oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd supaya anda akan menjadi seorang dealer yang berjaya.
  • Anda dibenarkan membina rangkaian anda sendiri atau terus memperbesarkan rangkaian yang anda sertai (Rangkaian PowerGold). Ditegaskan bahawa, sistem dealer dalam Public Fine Gold International Sdn. Bhd. adalah bukan sistem MLM.
Kategori 2 (Pembeli & Penyimpan)
  • Memerlukan modal sekurang-kurangnya RM648.00 (harga semasa) untuk membeli 1 Dinar. Dinar tersebut anda boleh simpan sendiri atau di Ar-Rahnu.
  • Urusan pembelian anda akan dipermudahkan. Jika anda berada di kawasan berdekatan, saya atau dealer di bawah rangkaian ini akan menghantar sendiri emas tersebut kepada anda. Jika jauh dan memerlukan perkhidmatan pos, kos untuk pos adalah di bawah tanggungan anda sediri.
  • Meskipun anda bukan Normal Dealer (mungkin belum cukup modal), sebenarnya anda juga boleh menjalankan perniagaan emas dan meraih keuntungan melalui kaedah Kenaikan Nilai (Capital Gain) dan Keuntungan Runcit (Retail Profit). Jika anda merupakan pembeli tetap, teknik ini akan diajarkan kepada anda.
Kategori 3 (Peminat)
  • Tugas anda mudah sahaja, teruskan meminati dan mendoakan kejayaan Rangkain PowerGold. Kita akan adakan perjumpaan dan mengadakan program-program santai seperti lawatan, sukaneka, hari keluarga dan lain-lain lagi.
Sekiranya anda berminat, sila nyatakan persetujuan anda kepada saya samada melalui panggilan telefon (013-9879191), SMS atau emel (terpujidanmemakmurkan@gmail.com). Perbincangan lanjut akan diadakan selepas itu, insya-Allah.

"Jangan bertangguh lagi. Bertindaklah secara bijak. Kenaikan harga emas tidak akan menunggu anda dan kejatuhan nilai wang kertas tidak akan pernah mengasihani anda. Bisnes emas tidak sama dengan bisnes produk MLM. Emas anda tidak laku, atau anda malas jualpun anda tetap akan untung melalui Kenaikan Nilai (Capital Gain). Buatlah pilihan yang tepat, sekarang."

Jumpa lagi.....

Tuesday, January 4, 2011

Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas.

Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat.

Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa.

Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 - satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas - sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.

Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas.

Proposal ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti spekulasi.

Untuk memahami kenapa Dr. Mahathir mencadangkan sistem dinar emas, kita perlu melihat kembali kepada krisis mata wang Malaysia yang berlaku pada Julai 1997.

Di dalam bukunya 'The Malaysian Currency Crisis, How and Why it happen' Dr. Mahathir menerangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai perkembangan ekonomi yang kukuh. Ia berkembang sebanyak 8% setahun, memiliki politik yang stabil dan ekonomi yang kuat. Nilai mata wangnya adalah stabil dan hutang antarabangsanya masih di tahap boleh diuruskan. Justeru Malaysia bukanlah negara yang berpotensi menghadapi kemelesetan ekonomi.

Namun bermula pada Julai 1997, nilai mata wang Ringgit Malaysia mula jatuh dengan pantas dan pasaran saham menurun ke tahap yang paling rendah. Nilai Ringgi Malaysia terus jatuh tanpa dapat di tahan. Rakyat Malaysia kebingungan dengan situasi ini.

Faktor utama kejatuhan nilai Ringgit Malaysia adalah berpunca daripada serangan spekulasi daripada peniaga mata wang. Dr. Mahathir menyalahkan para spekulator yang menyumbang kepada penurunan nilai RM sehingga menjejaskan keseluruhan ekonomi negara. Peniaga mata wang menurunkan nilai RM bukan kerana mereka takut nilai mata wang akan menurun sebaliknya mahu mengaut keuntungan dengan menjual mata wang.

Dr. Mahathir faham bahawa nilai mata wang boleh diserang kerana ianya bersandarkan sistem wang fiat. Wang fiat adalah wang yang diiktiraf sah oleh kerajaan tanpa disokong oleh apa-apa logam berharga seperti emas dan perak.

Di dalam satu ucapannya, Dr. Mahathir menyebut bahawa wang kertas memperoleh nilainya daripada pengiktirafan kerajaan. Kerajaan yang meletakkan nilai pada wang kertas berkenaan. Contohnya wang kertas RM1 mempunyai nilai kerana kerajaan yang mencetak nilainya di atas wang kertas berkenaan. Jika kerajaan mencetak RM5 atau RM10 ke atas wang kertas berkenaan, nilai kertasnya adalah tetap sama. Pengiktirafan dan jaminan kerajaan yang menyebabkan wang kertas mendapat nilainya.

Antara pengajaran yang diperoleh daripada krisis mata wang tahun 1997.

1. Wang kertas tidak mempunyai nilai - ia cuma nombor yang dicetak di atas kertas
2. Sistem kewangan global adalah tidak stabil dan tidak adil.
3. Negara membangun mempunyai sedikit ataupun tiada langsung pertahanan dari aktiviti spekulasi mata wang.
4. untuk melindungi diri sendiri, sesebuah negara perlu membina sistem perdagangan sendiri berteraskan nilai sebenar.
5. Emas mempunyai nilai yang stabil, selamat dan diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran.

Inisiatif Dinar Emas oleh Dr. Mahathir.

Keberanian dan kejayaan Dr. Mahathir dalam mempertahankan ekonomi Malaysia daripada spekulator mata wang dan pengaruh IMF memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang kepentingan membangunkan sistem perdagangan berteraskan emas untuk negara-negara Islam. Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.

Persidangan OIC ke 10 - Proposal menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan dibentangkan.

Proposal untuk menggunakan emas sebagai pembayaran bagi perdagangan telah dibentangkan kepada 57 ketua negara. Perjanjian dua pihak dimulakan, kemudian berkembang menjadi perjanjian bersama yang diharapkan akan menjadi blok perdagangan emas. Inilah platform di mana semua negara-negara Islam boleh bersetuju sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir "... tindakan ini lebih berkesan untuk melawan penindasan pihak musuh berbanding mengambil tindakan yang sia-sia seperti keganasan".

Kesan Global.

Penggunaan dinar emas menandakan pengembalian kepada emas sebagai alat kewangan dan mata wang dunia yang sebenarnya. Penggunaan dinar emas berbanding sistem wang kertas akan membolehkan:

1. Perpaduan dan kekuatan umat Islam dibina.
2. Memulakan blok perdagangan dengan sistem dinar emas
3. Menggalakkan dan mempromosikan perdagangan di antara anggota OIC
4. Mengelakkan daripada pergantungan kepada USD
5. Membuka jalan kepada praktis perdagangan berkaitan emas.
6. Membantu mewujudkan sistem perdagangan yang stabil dan adil yang memberikan manfaat kepada semua negara membangun.

Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998).

Pergantungan kepada USD memberikan sistem kapitalis lebih kelebihan di dalam semua situasi ekonomi. Jika sistem dinar Islam berjaya diimplementasikan, dominasi Bank Dunia dan IMF akan turut terjejas. Sudah pasti dunia Barat akan menentang hasrat Malaysia dengan segenap kekuatan. Walaupun demikian Malaysia mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakan sistem dinar Islam kerana ia memelihara keadaan ekonomi Muslim dan aktivitinya.

Dr. Mahathir di dalam satu sidang medianya selepas merasmikan hari pekerja di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) memberitahu bahawa hasrat Malaysia menggunakan dinar emas di dalam perdagangan antarabangsa tidak hanya terbatas kepada lebih daripada 24 negara yang ia mempunyai perjanjian pembayaran 2 hala (Utusan Malaysia 1/5/2002).

Pada mulanya Malaysia akan cuba untuk melaksanakan penggunaan dinar di dalam lingkungan sebahagian kecil negara sebelum sistem dinar diterima secara meluas sebagai wang perdagangan.


Sunday, January 2, 2011

Trend Harga Emas Semakin Meningkat!

Harga 1 Dinar pada 12/8/2010 ialah RM575.00
Harga 1 Dinar pada 9/10/2010 ialah RM634.00
Menarik! Dalam tempoh kira-kira 2 bulan sahaja harga emas (1 Dinar) melonjak naik sebanyak RM59.00. Jika dalam simpanan kita ada 50 Dinar, dengan mudah kita akan memperolehi keutungan sebanyak RM2950.00. Itu hanya simpan, belum lakukan perniagaan emas (jual-beli) lagi. Bayangkan kalau kita ada 100 Dinar, agaknya berapa keuntungan kita? Saudara/i kiralah sendiri....

Pendek kata, trend harga emas semakin meningkat. Memang adakalanya turun, tapi turunnya itu sedikit dan apabila naik balik, harga tersebut akan melonjak. Turunnya itu ada rahsia... Rahsianya ialah, supaya kita ada ruang untuk membeli emas sebanyak mungkin. Bilamana harga naik, juallah balik... Jadi, jangan bertangguh lagi. Beli sekarang...

Saturday, January 1, 2011

Nilai Wang Kertas Susut Dlm Jangka Masa Panjang

Graf jelas menunjukkan nilai emas semakin meningkat,
manakala nilai wang kertas semakin menurun.
Fakta yang tidak boleh dipertikaikan lagi ialah, bahawa wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah. Saya katakan lemah kerana nilai wang kertas sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Faktor ini sekaligus menyebabkan kuasa beli wang kertas semakin berkurangan.

Mari kita ambil satu contoh mudah, cuba kita bandingkan duit poket yang diberikan kepada pelajar sekolah pada era 1980-an dan hari ini, tahun 2011. Pada era 1980-an, kebanyakan pelajar sekolah hanya membawa 20 sen sebagai duit poket. Cukup untuk membeli nasi dan minuman.

Bagaimana dengan tahun 2011? Duit 20 sen yang jatuh di tengah jalanpun, mungkin kita tidak akan pandang. Majoriti ibu-bapa sekarang yang kita dengar akan memberikan duit poket kepada anak mereka sekurang-kurangnya RM2. Dengan kata lain, ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa kuasa beli wang kertas merosot dalam jangka masa panjang.

Jadi... pilihlah untuk menyimpan emas. Di samping nilainya semakin meningkat, ada banyak lagi kelebihannya yang lain!

Rujukan: "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" oleh Sdr. Syukor Hashim

Dinar & Dirham

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar

Pendapatan Lumayan!


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar


Harga Emas Akan Terus Meningkat Pada 2011 - Bloomberg

Alhamdulillah,

Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga pada tahun ini kita dapat merealisasikan azam kita, dan sama2 membebaskan diri dari belenggu kewangan. Amin..

Sempena hari pertama di tahun baru 2011 ini, jom kita hidangkan minda kita dengan berita2 potensi kenaikan harga emas dan perak, semoga yang belum tergerak hati akan segera membeli, dan yang dah beli akan menambah belian lagi.



Jangan tunggu lagi!! hubungi saya sekarang untuk membeli Emas & Perak sebagai aset pelaburan.

Jika anda mahukan pendapatan pasif bulanan sehingga 5 angka, ayuh kita menjadi Ahli Perniagaan Emas & Perak bersama Public Gold.
 
Sumber: http://www.pelaburjutawan.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...