Monday, December 12, 2011

Fatwa Pelaburan Emas

 SYARAT-SYARAT PELABURAN EMAS

Oleh:
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:


Harga Belian (al-Thaman)

1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.


Barang Belian (al-Muthman)

2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.


Sighah

5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.


Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.


Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.


Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.


Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Friday, June 24, 2011

Emas Sebagai Pelaburan Alternatif


Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Mengapa wajar melabur dengan emas? Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika. Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871). Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns. Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas. Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita. Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.



(Oleh Dato' Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur-kini Bursa Malaysia. Dipetik dari laman,  http://www.alfalahconsulting.com/.)

Thursday, May 5, 2011

Jadual Seminar Bulan Mei 2011!


Hari
Masa
Tajuk
Negeri
Tempat
Jumaat
6/5/2011
.
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Johor Bharu, Johor
Public Gold JB
45A&B Jalan Persisiran Perling, Tmn Perling JB. (sebelah Maybank, 7-Eleven Taman Perling)
Selasa
10/5/2011
.
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Sg Petani, Kedah
Public Gold Sungai Petani,
No. 86B, Tingkat 1, Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. (sebelah Public Bank)
Rabu
11/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Pulau Pinang
Public Gold Bishop
No. 84 Lebuh Bishop
10200 Penang Malaysia.
Khamis
12/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Ipoh, Perak
Public Gold Ipoh
No. 45A, Jalan Yang Kalsom, Ipoh (opposite Public Bank)
Sabtu
14/5/2011
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Sunway,
Selangor
Public Gold Seminar Hall (atas kedai tayar)
16-1A, Jalan PJS 8/6
Sunway Mentari Plaza
46150 Petaling Jaya
Rabu
18/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Seremban, Negeri Sembilan
Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jln Sg. Ujong, Seremban
Sabtu
21/5/2011
3.00 PM– 5.00 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Kota Kinabalu, Sabah
Hotel Shangri-la
75 Bandaran Berjaya
Kota Kinabalu
Rabu
25/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Kuantan, Pahang.
Public Gold Office
A-6624, Tingkat 1 dan 2, Jalan Berserah 25250 Kuantan Pahang (sebelah Maybank)
Khamis
26/5/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Kuala Terengganu
Public Gold Office 16A, Tingkat 1, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (sebelah KFC).
Jumaat
27/5/2011
4 petang – 6 petang(lepas solat Jumaat)
Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi
Kota Bharu
Public Gold Kota Bharu
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan (sebelah Public Bank)

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + Rahsia perniagaan emas (taukey emas), anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Matlamat Pokli mahu setiap orang yang datang ke seminar ini menjadi Celik emas.Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas....

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p penceramah (Sdr. Pokli): 019-66 450 66 butiran-butiran berikut:

1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh (Introducer: Umar- A3629)
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

SEMINAR: Ahmad bin Abu (Introducer: Umar- A3629), 27/5/2011, Kota Bharu.

Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Faizan Dasuki 2. Azman Baruti, 3. Afzanizan Abdullah faizan, 4. Faeez Mazlan (Introducer: Umar- A3629), 27/5/2011. Kota Bharu

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini......dan asas2 skill manipulasi stok emas yang anda dah miliki....

Thursday, April 14, 2011

DILEMA PEMILIK EMAS!

KEADAAN ekonomi Thailand yang lembap dan harga emas yang meningkat menyebabkan ramai penduduk menjual barang kemas warisan keluarga untuk meneruskan kehidupan.

"Ini ialah barang kemas pusaka," kata seorang nenek, Pannee Sae Kaow yang berdiri di luar kedai emas di Chinatown, Bangkok sambil menggenggam rantai leher emas yang telah pudar warnanya yang diberikan ibunya bertahun-tahun dahulu.

"Keadaan ekonomi sekarang menyebabkan saya tiada pilihan, selain menjualnya. Semua harga barang telah naik dan sukar untuk terus hidup dalam situasi begini. Tambahan pula, kami bukan orang kaya," ujar nenek berusia 78 tahun ini.

Seperti kebanyakan 65 juta penduduk Thailand, Pannee yang memperoleh pendapatan RM646.00 sebulan hasil daripada jualan di gerai kecilnya, tidak keseorangan menghadapi dilema kenaikan harga barang yang semakin meningkat.

"Saya terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan wang bagi membayar bil," kata Jureerat Pongkum yang bekerja secara sambilan di kedai kopi di Bangkok.

"Harga barang terus melambung naik tetapi kuantiti makanan atau barang yang anda dapat tetap sama. Bayaran gaji kami juga sama," ujar Jureerat, 24, sambil mengelap lantai.

"Ini adalah kerja pertama saya selepas menamatkan pengajian di kolej tetapi ia tidak mencukupi. Saya ingin lakukan lebih banyak kerja sambilan. Apa yang boleh saya buat? Anda perlu makan untuk meneruskan kehidupan."

Kerajaan baru Thailand kini sibuk memperkatakan tentang ekonomi dan memberitahu bahawa projek infrastruktur utama awam tidak lama lagi akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi daripada 4.7 peratus pada 2007 kepada 5.5 peratus pada tahun ini.

Bagaimanapun, pasaran emas domestik tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kembali seperti sediakala.

Peniaga berkata, pembelian emas terlalu mahal untuk kebanyakan warga Thailand. Oleh itu, mereka membekukan pajak gadai untuk barang kemas dan menjualnya di luar negara.

Keuntungan yang mereka peroleh ialah daripada diskaun lima peratus yang diberi oleh kerajaan berbanding harga pasaran. Ini membolehkan mereka membayar pelanggan yang menjual cincin, gelang dan rantai pusaka.

"Tidak ramai pelanggan pada masa kini kecuali yang datang untuk menjual barang kemas mereka," kata seorang peniaga emas, Montree, 40.

Harga emas antarabangsa mencatat rekod tertinggi berikutan permintaan tinggi daripada pelabur.

Menurut perangkaan Kementerian Perdagangan Thailand, negara itu mengeksport 76 tan emas pada 2007, meningkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Dalam masa sehari pada bulan lepas, kami telah mengeksport sehingga 500 kilogram emas. Sejak harga emas meningkat sehingga RM2,563 satu auns, lebih ramai orang menjual barang kemas mereka," kata pemilik kedai emas, Jinda.

Ketua World Gold Council's Far East, Albert Cheng berkata, Thailand menunjukkan permintaan pelaburan sehingga 18 tan emas pada 2007, jauh lebih rendah daripada India dan Vietnam yang mencatat 56 tan manakala China, 24 tan.

"Dalam dunia hari ini, orang membeli emas sebagai pelaburan dan kemudian mereka menjualnya semula. Di Thailand, kebiasaannya orang suka membayar wang dan membawa pulang emas ke rumah. Apabila harganya naik, mereka akan menjualnya semula untuk mendapatkan wang.

"Adalah normal untuk rakyat Thailand memiliki barang kemas di kawasan perkampungan atau luar bandar. Ini merupakan cara bagaimana mereka mengumpul kekayaan. Apabila memerlukan wang, mereka akan memajak atau menjualnya," jelas Albert.

Ekonomi yang perlahan dan emas yang semakin bernilai turut menyebabkan pemotongan kos membina patung Buddha dan pagoda di Thailand.

Sebaliknya, mereka akan menggunakan bahan fiber sintetik berbanding daun emas dalam pembinaan baru melibatkan projek itu.

"Daun emas merupakan satu-satunya perniagaan keluarga. Tetapi saya tidak boleh meneruskannya lagi," kata Sureeporn Panichrum yang hanya mampu menyaksikan perniagaannya bakal ditutup.

"Bahan mentah terlalu mahal dan kebanyakan orang tidak mahu menggunakan daun emas asli lagi."

Daun emas sintetik mungkin tidak berkilat seperti yang asli, tetapi ia lebih murah menyebabkan ramai orang memilihnya. Kuil-kuil juga turut diubah kepada cat tiruan.

"Setiap benda yang digunakan untuk berkilat adalah cat tiruan berwarna kuning. Memang ia menyedihkan. Sudah tidak banyak daun emas yang tinggal untuk dilihat di kuil sekarang," kata seorang tukang cat, Jullanop Nark-kaew, 54. - Reuters

SUMBER: http://www.kosmo.com.my

Sunday, March 6, 2011

SEMINAR PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD DI BORNEO

1. Kuching, Sarawak.
Tarikh: 5 & 6 March 2011
Tempat: Harbour View Hotel
Masa: 8.30 PM - 10.30 PM


2. Bintulu, Sarawak.
Tarikh: 7 March 2011
Tempat: The Regency Plaza Hotel, 116, Tmn Sri Dagang
Masa: 8.30 PM - 10.30 PM


3. Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 8 March 2011
Tempat: Promenade Hotel, Api-Api Centre, Kota Kinabalu
Masa: 8.30 PM - 10.30 PM



Untuk hadir, SMS nama anda ke H/P penceramah (Mahaguru Emas, Sdr. Syukor Hashim) di 013-3819901. Jangan lupa taipkan nama Introducer, Muhammad Umar Bin Sarimal (A3629).

Friday, February 25, 2011

BORNEO POWERGOLD: "Menyimpan & Mengguna Sambil Berniaga Emas"

Dalam perniagaan emas ini, Borneo PowerGold berpegang dan mengamalkan konsep, "MENYIMPAN & MENGGUNA sambil BERNIAGA emas". Ketiga-tiga elemen ini mesti ada serentak, baru keuntungan dapat dimaksimakan.
  •  MENYIMPAN- Di manapun emas itu disimpan, nilainya akan naik mengikut peredaran masa (Rekod kenaikan tahun 2000-2010 ialah 385%, purata 38.5% setahun). Emas adalah simpanan yang terbaik. Antara sebabnya ialah; mudah disimpan (saiznya kecil), amat sukar dimusnahkan (hancur menjadi debu sekalipun ia tetap berharga), tidak boleh dicipta & dimanipulasi dan ia amat mudah ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa di seluruh dunia. Tanah dan rumah pun bagus kalau lokasinya strategik, tapi ia amat sukar ditukarkan kepada tunai. Banyak limitasi dan prosedurnya.
  • MENGGUNA- Setakat menyimpan dan berniaga saja tidak akan berjaya menamatkan penjajahan ekonomi riba tajaan Sistem Kapitalis. Emas (& Perak) perlu digunakan sebagai matawang dalam bentuk Dinar & Dirham. Dinar & Dirham merupakan senjata pemusnah penjajahan ekonomi riba. Dinar & Dirham terbukti zaman berzaman sebagai matawang yang mampu memberikan keadilan, kestabilan dan ketertiban kepada semua manusia tidak kira apa agama anutannya. Yahudi dan sekutunya pasti akan menggagalkan misi ini kerana apabila riba lenyap, runtuhlah kuasa ekonomi mereka! Setiap umat Islam khasnya bertanggungjawab berjuang menghidupkan kembali Dinar & Dirham sebagai matawang, insya-Allah.
  • BERNIAGA- Beli emas semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi, dapat untung runcit. Gunakan teknik pajak gadai di Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan. Boleh juga gunakan teknik Buku Pelaburan Emas (Cadangan: Kuwait Finance House- Patuh syariah 100%). Menjadi Dealer Public Gold, dapat komisyen atas belian dan jualan.
Berminat? Hubungi kami sekarang. Menyimpan, mengguna dan berniaga emas sambil berjuang. Bukan setakat menjadi jutawan, tapi jutawan yang bertakwa. Untung di dunia, selamat di akhirat. Insya-Allah...

Friday, February 18, 2011

Dapatkan 1 Dinar Emas Hanya Dgn RM 75.00!


Rata-rata prospek yang saya temui, mereka belum berjaya memiliki walapun 1 Dinar adalah disebabkan duit mereka tidak mencukupi untuk membuat pembelian tersebut. Tidak cukup mungkin disebabkan pendapatan mereka kecil ataupun pendapatan besar tapi potongan bulanannya juga besar. Saya ada satu formula bagaimana golongan seperti ini masih boleh memiliki 1 Dinar dengan penuh bergaya. Hanya dengan RM75.00! Murah tu....

Teknik yang saya cadangkan dalam formula ini ialah dengan menggadaikan 1 Dinar tersebut di Ar-Rahnu AgroBank (Ar-Rahnu tempat lainpun boleh). Anda boleh menggadaikan 1 Dinar tersebut dengan harga RM151.90/gram (1 Dinar=4.25g=RM645.00). Ar-Rahnu akan memberikan anda pinjaman sehingga 70% daripada Nilai Marhun (70% x RM645.00=RM451.00). Tempoh bayar balik adalah selama 6 bulan. Cara bayaran adalah samada secara bulanan atau bayar sekaligus semasa menebusnya pada bulan yang keenam. Ar-Rahnu tidak akan mengenakan sebarang interest sebagaimana yang dikenakan bank. Ar-Rahnu cuma minta upah simpan sahaja iaitu 0.75% sebulan daripada Nilai Marhun. Berdasarkan formula ini, bagaimana anda boleh mendapatkan 1 Dinar dengan harga serendah RM75.00?

Harga 1 Dinar sekarang ialah RM644.00. Katakan pendapatan bulanan anda sebulan ialah RM700.00. Perbelanjaan bulanan anda pula ialah RM500.00 sebulan, bermakna baki tinggal RM200.00 lagi. Duit RM200.00 pastinya tidak mampu membeli 1 Dinar yang harganya RM644.00, betul? Jadi, bagaimana caranya? Caranya ialah, apabila anda mendapat gaji hari ini, terus beli 1 Dinar dengan saya. Selepas anda mendapat 1 Dinar, maka baki gaji anda ialah RM56.00 lagi. Duit RM 56.00 pastinya tidak boleh menampung perbelanjaan sebulan anda yang RM 500.00 kan? Baiklah, sekarang pergi gadaikan 1 Dinar tersebut ke Ar-Rahnu! Anda akan mendapat pinjaman sebanyak RM451.00 (70% x RM645.00). Ambil duit itu dan belanjakanlah sebagaimana rutin anda. Baki bersih RM7.00 (RM451.00+RM56.00 tolak RM500.00), anda boleh simpan.

Baiklah, bagaimana nak tebus balik 1 Dinar tersebut? Caranya, anda kena bayar sebulan RM75.00 (RM451.00/6) selama 6 bulan kepada Ar-Rahnu, tempat gadaian dibuat. Upah simpan hanya RM29.00 (0.75% x RM645.00 x 6 bulan)! Sekarang, anda telah memiliki 1 Dinar emas, pendapatan/perbelanjaan bulanan anda tidak terganggu dan masih boleh menyimpan wang kertas sebanyak RM7.00 pada bulan pertama dan RM125.00 bagi 5 bulan yang berikutnya. Jangan lupa! 1 Dinar emas anda di Ar-Rahnu, nilainya akan semangkin meningkat, meningkat dan meningkat! Masuk bulan keenam nanti, jangan lupa tebus pula dan dapatkan 1 Dinar emas anda yang kedua... :-)

Miliki 1 Dinar emas anda di Borneo PowerGold dengan hanya RM 75.00! Di Borneo PowerGold, sesiapapun boleh memiliki Dinar emas! Selamat mencuba dan moga berjaya. Amin...

Monday, February 14, 2011

Borneo PowerGold On Air Di Cahaya.FM!


Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hajat saya untuk bercakap tentang perniagaan emas di Radio Online Islam Cahaya.FM pada 8/2/2011 jam 10.30PM-12.00AM. Ianya sekaligus memenuhi undangan tuan Pengurusnya Sdr. Nazri Abdullah. Saya ingin mengambil peluang di ruangan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Pengurus, Sdr. Nazri Abdullah di atas undangan tersebut. Tidak dilupakan seluruh jentera penggerak Cahaya.FM, pelanggan-pelanggan Borneo PowerGold dan rakan-rakan pendengar yang setia mendengar perbincangan tersebut dari awal hingga akhir.

Bual bicara di bawah segmen, "Perniagaan Emas Di Bawah Rangkaian Borneo PowerGold" pada malam tersebut diacarakan oleh DJ Din, seorang yang saya kira berbakat sekali di dalam bidangnya. Kandungan perbincangan adalah berkisar tentang; kenapa perlu menyimpan emas & bukan wang kertas, bagaimana memulakan perniagaan emas bersama Rangkaian Borneo PowerGold dan pengenalan tentang Dinar & Dirham. Saya ingin kongsikan di sini tentang satu tawaran hebat yang saya umumkan pada malam tersebut. Kami menawarkan bahawa, barangsiapa yang menjadi Dealer di bawah Rangkaian Borneo PowerGold sebelum 30 April 2011 akan mendapat keistimewaan-keistimewaan berikut:

  • Tuan/puan akan diajar membuat blog (kedai emas maya) berserta buku panduan membuatnya langkah demi langkah. Kedua-duanya adalah percuma.
  • Anda akan didedahkan dengan 2 buah buku yang wajib dimiliki oleh peniaga emas, iaitu berkaitan dengan perniagaan emas dan analisis teknikal harga emas.
  • Latihan & bimbingan akan diberikan dari semasa ke semasa.

Rebutlah peluang ini, sementara stok masih ada. Insya-Allah!

Thursday, February 10, 2011

Tisu Tandas vs Emas

Kiri: Tisu tandas, Kanan: Jongkong emas KFH & Dinar Kelantan

Wang kertas pernah dikatakan seperti "tisu tandas" kerana nilainya yang semakin lama semakin susut & mudah dimanipulasi, dicetak tanpa sandaran apa-apa dan amat mudah dimusnahkan. Di sebaliknya bagi emas; nilainya semakin meningkat & tidak boleh dimanipulasikan, nilainya adalah pada zatnya sendiri dan tidak boleh dimusnahkan. Yang menghairankan saya, masih ramai di luar sana yang menyimpan 'tisu tandas' dalam dompet mereka. Mereka terlalu sayangkan tisu tersebut untuk ditukarkan kepada emas! Hmmm.........

Monday, February 7, 2011

Jadual Seminar Peluang Perniagaan Emas Bersama Public Gold Bagi Bulan Februari 2011

Hari Masa Tajuk  Negeri Tempat 
Sabtu
.12/2/2011 
Sesi 12.00 petang – 4.00 petang
Sesi 2
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Johor Public Gold Johor Branch
45A Jalan Persisiran Perling
Johor Bahru
Ahad
..13/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka 
Rabu
.16/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani 
Khamis
.17/2/2011
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak 
Jumaat
.18/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Penang Public Gold Bishop Street,
No. 84, Lebuh Bishop, 10200 Penang 
Sabtu
.19/2/2011 
Sesi 13.00 PM–5.00 PM
Sesi 2
8.30 PM– 10.30 PM
p/s: Pilih salah satu sahaja
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Ahad
.20/2/2011 
10 pagi – 12 tengahari New Dealer Orientation(untuk agen Public Gold Sahaja) Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway
Selasa 22/2/20118.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jalan Sg. Ujong
Sabtu 23/2/2011 8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Pahang Hotel Seri Kuantan, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan
Khamis24/2/2011 8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu 
Jumaat25/2/2011 8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1,
Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank) 

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana penceramah (Sdr. Syukor Hashim) lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya berharap setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas.  

 Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini

 First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu. Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-9879191 butiran-butiran berikut:

 1. Nama penuh
 2. Email
 3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

 Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.  

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru penceramah bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok-belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

Friday, February 4, 2011

Bagaimana "Inflasi" merompak wang anda?



Jika anda menyimpan RM 100,000.00 dengan mengambil kira kadar inflasi 4% setahun (biasanya lebih tinggi), cuba lihat bagaimana nilai (kuasa beli) wang simpanan anda berkurang dan terus berkurang tanpa anda sedari.

Selepas 10 tahun- tinggal RM67,600.00
Selepas 15 tahun- tinggal RM55,500.00
Selepas 20 tahun- tinggal RM45,600.00

Saudara! Jika anda menyimpan emas, nilainya sentiasa meningkat dan inflasi tidak akan mampu menjejaskan nilainya. Utk rekod, kenaikan emas dari 4/1/2000 hingga 16/10/2010 (tempoh 10 tahun) ialah sebanyak 385%, purata kenaikan 38.5% setahun.

Pilihan di tangan anda. Sekiranya berminat menukarkan wang anda kpd emas, Borneo PowerGold sedia menjualnya. Emas yg kami jual adalah dlm bentuk jongkong (999), syiling (999) & dinar (916). Sila ke hubungi saya (lihat cara pembelian di sebelah kanan) untuk pembelian anda.


Penceramah: YB Dato Paduka Haji Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.
Sumber: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.(http://www.dinarkel.com/)

Sistem Wang Kertas Antara Penyebab Utama Keruntuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah!


Mungkin ada yang tidak pernah menduga bahawa wang kertas yang ada di dalam dompet kita sekarang pernah digunakan sebagai senjata di dalam sebuah sistem bagi menjatuhkan kerajaan berkhalifah, Turki Uthmaniyah. Adakah kita hanya mendiamkan diri setelah mengetahui hakikat ini? Di sana-sini kita mendengar pekikan untuk membangkitkan kembali kerajaan berkhalifah, tapi pada masa yang sama mereka mengagung-agungkan atau jahil tentang senjata musuh yang tersimpan rapi di dalam dompet mereka.

Saya tidak kata buang semua wang kertas, tapi kita perlu berusaha untuk keluar daripada kemelut ini. Senjata kita ialah Dinar & Dirham! Ayuh, zahirkan sokongan kita kepada mana-mana pihak yang memperjuangkan penggunaan Dinar & Dirham sebagai matawang syariah. 1 matawang yang memberikan keadilan kepada semua golongan manusia tidak kira yang muslim atau bukan. Tukarkan wang kertas anda yang tidak menyimpan nilai itu kepada wang yang terjamin nilainya dan sentiasa meningkat setiap tahun. Tidak lain dan tidak bukan, itulah Dinar & Dirham! Borneo PowerGold bersedia menjualnya jika ada permintaan, insya-Allah...


Penceramah: YB Dato Paduka Haji Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim
Sumber: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.(http://www.dinarkel.com/)

Tuesday, February 1, 2011

DOLLAR AMERIKA: 'Perampas' Harta Ummah!

Tahukah anda, sebagai "Matawang Reseb Dunia" Amerika Syarikat telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini? Ini bermakna, kita kononnya menjual kepada mereka hasil mahsul negara kita seperti minyak, kelapa sawit, getah dan seumpamanya dan mereka hanya perlu memberikan wang-wang kertas Dollar Amerika yang tiada sebarang nilai sebenar!

Bukan itu sahaja, umat Islam serta manusia keseluruhannya di abad ini telah ditipu sebegitu rupa sehinggakan matawang negara sesama ahlipun tidak laku dalam negara sesama ahli! Ini sebabnya jika kita bawa Ringgit Malaysia ke negara Arab Saudi, Ringgit Malaysia tidak boleh digunakan di Arab Saudi! Begitu juga wang-wang kertas Saudi-Rial tidak laku di Malaysia!

Ini bermakna semua urusan kehidupan ketika ini adalah tercemar! Termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas. Ibadah haji & umrah, pembayaran zakat dan lain-lain lagi. Malah sebuah kehidupan Deenul Islam adalah tercemar dengan penipuan amalan riba di abad ini!

Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Monday, January 31, 2011

PENIPUAN PERJANJIAN BRETTONWOODS 1945

Tahukah anda bahawa wang-wang kertas dalam edaran di seluruh dunia hari ini sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi? Sejarah merekodkan bahawa peristiwa "pecah amanah" yang telah dilakukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat pada Perjanjian Brettonwoods 1945 terhadap 44 buah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.

Memang pada mulanya Amerika Syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar Amerika ada disandarkan emas (USD35/oz emas). Tetapi ini hanyalah tipu-daya mereka memerangkapkan ummah menerima Dollar Amerika sebagai "matawang reseb" (Reserve Currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah negara tersebut!

Pada masa tersebut dikatakan "Dolar Amerika adalah sama seperti simpanan emas" (Dollar Amerika as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberikan bai`ah kepada Amerika Syarikat, negara ini mula mencetak lebih banyak Dollar daripada sandaran emas yang ada! Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpin-pemimpin negara yang sedar, lantas segera meminta emas yang dijamin.

Sejarah mencatatkan pada masa pemerintahan Presiden Richard Nixon iaitu tahun 1971, Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan emas lagi. Semua wang kertas adalah dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun! Inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan!

Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Sunday, January 30, 2011

Apakah Itu Dinar & Dirham?

Dinar & Dirham

Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan "Dinar" berasal dari perkataan "Denarius" iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan "Dirham" pula berasal dari perkataan "Drachma" iaitu koin matawang perak Parsi.

Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid. Malah koin-koin Dinar & Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah ke zaman Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh Kerajaan Islam. Pada tahun 75H terjadi satu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan. Demi mempertahankan keunggulan Kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam yang pertama.

Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang universal tanpa mengira negara yang menempanya. Ianya adalah satu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai satu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau kuasa.

Tahukah anda koin Dinar dan Dirham nilainya berada pada sukatan berat timbangan logamnya? Ini bermakna bahawa nilai koin-koin ini berada pada zatnya. Berbeza dengan wang kertas dimana nilainya hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata-mata! Ini juga bermakna koin Dinar dan Dirham nilainya 'ditentukan' Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah SWT adalah Ar Razak (Allah SWT Pemeberi Rezeki). Allah SWT sendirilah yang menentukan banyak manakan emas dan perak mampu digali oleh manusia. Sebaliknya wang-wang kertas, nilainya ditentukan oleh pihak yang berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki?

Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

STICKER: "We Accept Dinar & Dirham"


Bagi menunjukkan sokongan terhadap kebangkitan Dinar & Dirham sebagai Matawang Syariah (Tidak melanggar undang-undang kerana ia hanyalah alat pertukaran dalam transaksi, bukan matawang paksaan "Legal Tender"- sah diperlaku) , sila tampalkan sticker ini di premis-premis perniagaan anda, di kereta, di bilik, di rumah, di blog, di facebook dan lain-lain tempat yang difikirkan sesuai. Ayuh sebarkan kepada semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...