Rata-rata prospek yang saya temui, mereka belum berjaya memiliki walapun 1 Dinar adalah disebabkan duit mereka tidak mencukupi untuk membuat pembelian tersebut. Tidak cukup mungkin disebabkan pendapatan mereka kecil ataupun pendapatan besar tapi potongan bulanannya juga besar. Saya ada satu formula bagaimana golongan seperti ini masih boleh memiliki 1 Dinar dengan penuh bergaya. Hanya dengan RM75.00! Murah tu....
Teknik yang saya cadangkan dalam formula ini ialah dengan menggadaikan 1 Dinar tersebut di Ar-Rahnu AgroBank (Ar-Rahnu tempat lainpun boleh). Anda boleh menggadaikan 1 Dinar tersebut dengan harga RM151.90/gram (1 Dinar=4.25g=RM645.00). Ar-Rahnu akan memberikan anda pinjaman sehingga 70% daripada Nilai Marhun (70% x RM645.00=RM451.00). Tempoh bayar balik adalah selama 6 bulan. Cara bayaran adalah samada secara bulanan atau bayar sekaligus semasa menebusnya pada bulan yang keenam. Ar-Rahnu tidak akan mengenakan sebarang interest sebagaimana yang dikenakan bank. Ar-Rahnu cuma minta upah simpan sahaja iaitu 0.75% sebulan daripada Nilai Marhun. Berdasarkan formula ini, bagaimana anda boleh mendapatkan 1 Dinar dengan harga serendah RM75.00?
Harga 1 Dinar sekarang ialah RM644.00. Katakan pendapatan bulanan anda sebulan ialah RM700.00. Perbelanjaan bulanan anda pula ialah RM500.00 sebulan, bermakna baki tinggal RM200.00 lagi. Duit RM200.00 pastinya tidak mampu membeli 1 Dinar yang harganya RM644.00, betul? Jadi, bagaimana caranya? Caranya ialah, apabila anda mendapat gaji hari ini, terus beli 1 Dinar dengan saya. Selepas anda mendapat 1 Dinar, maka baki gaji anda ialah RM56.00 lagi. Duit RM 56.00 pastinya tidak boleh menampung perbelanjaan sebulan anda yang RM 500.00 kan? Baiklah, sekarang pergi gadaikan 1 Dinar tersebut ke Ar-Rahnu! Anda akan mendapat pinjaman sebanyak RM451.00 (70% x RM645.00). Ambil duit itu dan belanjakanlah sebagaimana rutin anda. Baki bersih RM7.00 (RM451.00+RM56.00 tolak RM500.00), anda boleh simpan.
Baiklah, bagaimana nak tebus balik 1 Dinar tersebut? Caranya, anda kena bayar sebulan RM75.00 (RM451.00/6) selama 6 bulan kepada Ar-Rahnu, tempat gadaian dibuat. Upah simpan hanya RM29.00 (0.75% x RM645.00 x 6 bulan)! Sekarang, anda telah memiliki 1 Dinar emas, pendapatan/perbelanjaan bulanan anda tidak terganggu dan masih boleh menyimpan wang kertas sebanyak RM7.00 pada bulan pertama dan RM125.00 bagi 5 bulan yang berikutnya. Jangan lupa! 1 Dinar emas anda di Ar-Rahnu, nilainya akan semangkin meningkat, meningkat dan meningkat! Masuk bulan keenam nanti, jangan lupa tebus pula dan dapatkan 1 Dinar emas anda yang kedua... :-)
Miliki 1 Dinar emas anda di Borneo PowerGold dengan hanya RM 75.00! Di Borneo PowerGold, sesiapapun boleh memiliki Dinar emas! Selamat mencuba dan moga berjaya. Amin...
No comments:
Post a Comment