Monday, July 18, 2011
Monday, July 4, 2011
Saturday, July 2, 2011
Friday, June 24, 2011
Emas Sebagai Pelaburan Alternatif
Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Mengapa wajar melabur dengan emas? Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.
Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.
Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.
Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.
Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika. Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.
Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.
Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871). Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.
Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns. Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.
Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas. Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.
Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.
Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.
Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita. Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.
(Oleh Dato' Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur-kini Bursa Malaysia. Dipetik dari laman, http://www.alfalahconsulting.com/.)
Thursday, June 16, 2011
Wednesday, June 15, 2011
Thursday, June 2, 2011
Saturday, May 28, 2011
Thursday, May 5, 2011
Jadual Seminar Bulan Mei 2011!
Hari | Masa | Tajuk | Negeri | Tempat |
. | ||||
. | ||||
10200 Penang Malaysia. | ||||
16-1A, Jalan PJS 8/6 Sunway Mentari Plaza 46150 Petaling Jaya | ||||
Sabtu 21/5/2011 | 3.00 PM– 5.00 PM | Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi | Kota Kinabalu, Sabah | Hotel Shangri-la 75 Bandaran Berjaya Kota Kinabalu |
Rabu 25/5/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi | Kuantan, Pahang. | Public Gold Office A-6624, Tingkat 1 dan 2, Jalan Berserah 25250 Kuantan Pahang (sebelah Maybank) |
Khamis 26/5/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi | Kuala Terengganu | Public Gold Office 16A, Tingkat 1, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (sebelah KFC). |
Jumaat 27/5/2011 | 4 petang – 6 petang(lepas solat Jumaat) | Seminar Pelaburan Emas & Perniagaan Emas serta Skill Asas Manipulasi | Kota Bharu | Public Gold Kota Bharu Tingkat 1, Lot 257 Jalan Kebun Sultan (sebelah Public Bank) |
Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + Rahsia perniagaan emas (taukey emas), anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Matlamat Pokli mahu setiap orang yang datang ke seminar ini menjadi Celik emas.Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas....
Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?
First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p penceramah (Sdr. Pokli): 019-66 450 66 butiran-butiran berikut:
1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh (Introducer: Umar- A3629)
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Contoh SMS:
SEMINAR: Ahmad bin Abu (Introducer: Umar- A3629), 27/5/2011, Kota Bharu.
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Faizan Dasuki 2. Azman Baruti, 3. Afzanizan Abdullah faizan, 4. Faeez Mazlan (Introducer: Umar- A3629), 27/5/2011. Kota Bharu
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).
Apa faedah datang ke seminar ini?
First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini......dan asas2 skill manipulasi stok emas yang anda dah miliki....
Subscribe to:
Posts (Atom)







