Sunday, February 20, 2011
Friday, February 18, 2011
Dapatkan 1 Dinar Emas Hanya Dgn RM 75.00!
Rata-rata prospek yang saya temui, mereka belum berjaya memiliki walapun 1 Dinar adalah disebabkan duit mereka tidak mencukupi untuk membuat pembelian tersebut. Tidak cukup mungkin disebabkan pendapatan mereka kecil ataupun pendapatan besar tapi potongan bulanannya juga besar. Saya ada satu formula bagaimana golongan seperti ini masih boleh memiliki 1 Dinar dengan penuh bergaya. Hanya dengan RM75.00! Murah tu....
Teknik yang saya cadangkan dalam formula ini ialah dengan menggadaikan 1 Dinar tersebut di Ar-Rahnu AgroBank (Ar-Rahnu tempat lainpun boleh). Anda boleh menggadaikan 1 Dinar tersebut dengan harga RM151.90/gram (1 Dinar=4.25g=RM645.00). Ar-Rahnu akan memberikan anda pinjaman sehingga 70% daripada Nilai Marhun (70% x RM645.00=RM451.00). Tempoh bayar balik adalah selama 6 bulan. Cara bayaran adalah samada secara bulanan atau bayar sekaligus semasa menebusnya pada bulan yang keenam. Ar-Rahnu tidak akan mengenakan sebarang interest sebagaimana yang dikenakan bank. Ar-Rahnu cuma minta upah simpan sahaja iaitu 0.75% sebulan daripada Nilai Marhun. Berdasarkan formula ini, bagaimana anda boleh mendapatkan 1 Dinar dengan harga serendah RM75.00?
Harga 1 Dinar sekarang ialah RM644.00. Katakan pendapatan bulanan anda sebulan ialah RM700.00. Perbelanjaan bulanan anda pula ialah RM500.00 sebulan, bermakna baki tinggal RM200.00 lagi. Duit RM200.00 pastinya tidak mampu membeli 1 Dinar yang harganya RM644.00, betul? Jadi, bagaimana caranya? Caranya ialah, apabila anda mendapat gaji hari ini, terus beli 1 Dinar dengan saya. Selepas anda mendapat 1 Dinar, maka baki gaji anda ialah RM56.00 lagi. Duit RM 56.00 pastinya tidak boleh menampung perbelanjaan sebulan anda yang RM 500.00 kan? Baiklah, sekarang pergi gadaikan 1 Dinar tersebut ke Ar-Rahnu! Anda akan mendapat pinjaman sebanyak RM451.00 (70% x RM645.00). Ambil duit itu dan belanjakanlah sebagaimana rutin anda. Baki bersih RM7.00 (RM451.00+RM56.00 tolak RM500.00), anda boleh simpan.
Baiklah, bagaimana nak tebus balik 1 Dinar tersebut? Caranya, anda kena bayar sebulan RM75.00 (RM451.00/6) selama 6 bulan kepada Ar-Rahnu, tempat gadaian dibuat. Upah simpan hanya RM29.00 (0.75% x RM645.00 x 6 bulan)! Sekarang, anda telah memiliki 1 Dinar emas, pendapatan/perbelanjaan bulanan anda tidak terganggu dan masih boleh menyimpan wang kertas sebanyak RM7.00 pada bulan pertama dan RM125.00 bagi 5 bulan yang berikutnya. Jangan lupa! 1 Dinar emas anda di Ar-Rahnu, nilainya akan semangkin meningkat, meningkat dan meningkat! Masuk bulan keenam nanti, jangan lupa tebus pula dan dapatkan 1 Dinar emas anda yang kedua... :-)
Miliki 1 Dinar emas anda di Borneo PowerGold dengan hanya RM 75.00! Di Borneo PowerGold, sesiapapun boleh memiliki Dinar emas! Selamat mencuba dan moga berjaya. Amin...
Thursday, February 17, 2011
Monday, February 14, 2011
Borneo PowerGold On Air Di Cahaya.FM!
Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hajat saya untuk bercakap tentang perniagaan emas di Radio Online Islam Cahaya.FM pada 8/2/2011 jam 10.30PM-12.00AM. Ianya sekaligus memenuhi undangan tuan Pengurusnya Sdr. Nazri Abdullah. Saya ingin mengambil peluang di ruangan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Pengurus, Sdr. Nazri Abdullah di atas undangan tersebut. Tidak dilupakan seluruh jentera penggerak Cahaya.FM, pelanggan-pelanggan Borneo PowerGold dan rakan-rakan pendengar yang setia mendengar perbincangan tersebut dari awal hingga akhir.
Bual bicara di bawah segmen, "Perniagaan Emas Di Bawah Rangkaian Borneo PowerGold" pada malam tersebut diacarakan oleh DJ Din, seorang yang saya kira berbakat sekali di dalam bidangnya. Kandungan perbincangan adalah berkisar tentang; kenapa perlu menyimpan emas & bukan wang kertas, bagaimana memulakan perniagaan emas bersama Rangkaian Borneo PowerGold dan pengenalan tentang Dinar & Dirham. Saya ingin kongsikan di sini tentang satu tawaran hebat yang saya umumkan pada malam tersebut. Kami menawarkan bahawa, barangsiapa yang menjadi Dealer di bawah Rangkaian Borneo PowerGold sebelum 30 April 2011 akan mendapat keistimewaan-keistimewaan berikut:
- Tuan/puan akan diajar membuat blog (kedai emas maya) berserta buku panduan membuatnya langkah demi langkah. Kedua-duanya adalah percuma.
- Anda akan didedahkan dengan 2 buah buku yang wajib dimiliki oleh peniaga emas, iaitu berkaitan dengan perniagaan emas dan analisis teknikal harga emas.
- Latihan & bimbingan akan diberikan dari semasa ke semasa.
Rebutlah peluang ini, sementara stok masih ada. Insya-Allah!
Thursday, February 10, 2011
Tisu Tandas vs Emas
![]() |
| Kiri: Tisu tandas, Kanan: Jongkong emas KFH & Dinar Kelantan |
Wang kertas pernah dikatakan seperti "tisu tandas" kerana nilainya yang semakin lama semakin susut & mudah dimanipulasi, dicetak tanpa sandaran apa-apa dan amat mudah dimusnahkan. Di sebaliknya bagi emas; nilainya semakin meningkat & tidak boleh dimanipulasikan, nilainya adalah pada zatnya sendiri dan tidak boleh dimusnahkan. Yang menghairankan saya, masih ramai di luar sana yang menyimpan 'tisu tandas' dalam dompet mereka. Mereka terlalu sayangkan tisu tersebut untuk ditukarkan kepada emas! Hmmm.........
Monday, February 7, 2011
Jadual Seminar Peluang Perniagaan Emas Bersama Public Gold Bagi Bulan Februari 2011
| Hari | Masa | Tajuk | Negeri | Tempat |
| Sabtu .12/2/2011 | Sesi 12.00 petang – 4.00 petang Sesi 2 8.30 malam – 10.30 malam | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Johor | Public Gold Johor Branch 45A Jalan Persisiran Perling Johor Bahru |
| Ahad ..13/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Melaka | MITC Ancasa Hotel sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka |
| Rabu .16/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Kedah (SP) | Public Gold Office Sungai Petani 86B, First Floor Jalan Pengkalan, 08000 Sungai Petani |
| Khamis .17/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. | Ipoh | Public Gold Office (Ipoh, Perak) No. 45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak |
| Jumaat .18/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. | Penang | Public Gold Bishop Street, No. 84, Lebuh Bishop, 10200 Penang |
| Sabtu .19/2/2011 | Sesi 13.00 PM–5.00 PM Sesi 2 8.30 PM– 10.30 PM p/s: Pilih salah satu sahaja | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Sunway | Public Gold Office 42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3), Mentari Business Park, Bandar Sunway, |
| Ahad .20/2/2011 | 10 pagi – 12 tengahari | New Dealer Orientation(untuk agen Public Gold Sahaja) | Sunway | Public Gold Office 42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3), Mentari Business Park, Bandar Sunway |
| Selasa 22/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. | Seremban | Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jalan Sg. Ujong |
| Sabtu 23/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. | Pahang | Hotel Seri Kuantan, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan |
| Khamis24/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Kuala Terengganu | Ming Star Hotel, Jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu |
| Jumaat25/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Kelantan | Public Gold Kelantan Branch, Tingkat 1, Lot 257 Jalan Kebun Sultan Kota Bharu (sebelah Public Bank) |
Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana penceramah (Sdr. Syukor Hashim) lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya berharap setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas.
Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini
First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu. Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-9879191 butiran-butiran berikut:
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.
Apa faedah datang ke seminar ini?
First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru penceramah bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok-belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.
Friday, February 4, 2011
Bagaimana "Inflasi" merompak wang anda?
Jika anda menyimpan RM 100,000.00 dengan mengambil kira kadar inflasi 4% setahun (biasanya lebih tinggi), cuba lihat bagaimana nilai (kuasa beli) wang simpanan anda berkurang dan terus berkurang tanpa anda sedari.
Selepas 10 tahun- tinggal RM67,600.00
Selepas 15 tahun- tinggal RM55,500.00
Selepas 20 tahun- tinggal RM45,600.00
Saudara! Jika anda menyimpan emas, nilainya sentiasa meningkat dan inflasi tidak akan mampu menjejaskan nilainya. Utk rekod, kenaikan emas dari 4/1/2000 hingga 16/10/2010 (tempoh 10 tahun) ialah sebanyak 385%, purata kenaikan 38.5% setahun.
Pilihan di tangan anda. Sekiranya berminat menukarkan wang anda kpd emas, Borneo PowerGold sedia menjualnya. Emas yg kami jual adalah dlm bentuk jongkong (999), syiling (999) & dinar (916). Sila ke hubungi saya (lihat cara pembelian di sebelah kanan) untuk pembelian anda.
Selepas 10 tahun- tinggal RM67,600.00
Selepas 15 tahun- tinggal RM55,500.00
Selepas 20 tahun- tinggal RM45,600.00
Saudara! Jika anda menyimpan emas, nilainya sentiasa meningkat dan inflasi tidak akan mampu menjejaskan nilainya. Utk rekod, kenaikan emas dari 4/1/2000 hingga 16/10/2010 (tempoh 10 tahun) ialah sebanyak 385%, purata kenaikan 38.5% setahun.
Pilihan di tangan anda. Sekiranya berminat menukarkan wang anda kpd emas, Borneo PowerGold sedia menjualnya. Emas yg kami jual adalah dlm bentuk jongkong (999), syiling (999) & dinar (916). Sila ke hubungi saya (lihat cara pembelian di sebelah kanan) untuk pembelian anda.
Penceramah: YB Dato Paduka Haji Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.
Sumber: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.(http://www.dinarkel.com/)
Sistem Wang Kertas Antara Penyebab Utama Keruntuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah!
Mungkin ada yang tidak pernah menduga bahawa wang kertas yang ada di dalam dompet kita sekarang pernah digunakan sebagai senjata di dalam sebuah sistem bagi menjatuhkan kerajaan berkhalifah, Turki Uthmaniyah. Adakah kita hanya mendiamkan diri setelah mengetahui hakikat ini? Di sana-sini kita mendengar pekikan untuk membangkitkan kembali kerajaan berkhalifah, tapi pada masa yang sama mereka mengagung-agungkan atau jahil tentang senjata musuh yang tersimpan rapi di dalam dompet mereka.
Saya tidak kata buang semua wang kertas, tapi kita perlu berusaha untuk keluar daripada kemelut ini. Senjata kita ialah Dinar & Dirham! Ayuh, zahirkan sokongan kita kepada mana-mana pihak yang memperjuangkan penggunaan Dinar & Dirham sebagai matawang syariah. 1 matawang yang memberikan keadilan kepada semua golongan manusia tidak kira yang muslim atau bukan. Tukarkan wang kertas anda yang tidak menyimpan nilai itu kepada wang yang terjamin nilainya dan sentiasa meningkat setiap tahun. Tidak lain dan tidak bukan, itulah Dinar & Dirham! Borneo PowerGold bersedia menjualnya jika ada permintaan, insya-Allah...
Penceramah: YB Dato Paduka Haji Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim
Sumber: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.(http://www.dinarkel.com/)
Penceramah: YB Dato Paduka Haji Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim
Sumber: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.(http://www.dinarkel.com/)
Wednesday, February 2, 2011
Tuesday, February 1, 2011
DOLLAR AMERIKA: 'Perampas' Harta Ummah!
Tahukah anda, sebagai "Matawang Reseb Dunia" Amerika Syarikat telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini? Ini bermakna, kita kononnya menjual kepada mereka hasil mahsul negara kita seperti minyak, kelapa sawit, getah dan seumpamanya dan mereka hanya perlu memberikan wang-wang kertas Dollar Amerika yang tiada sebarang nilai sebenar!
Bukan itu sahaja, umat Islam serta manusia keseluruhannya di abad ini telah ditipu sebegitu rupa sehinggakan matawang negara sesama ahlipun tidak laku dalam negara sesama ahli! Ini sebabnya jika kita bawa Ringgit Malaysia ke negara Arab Saudi, Ringgit Malaysia tidak boleh digunakan di Arab Saudi! Begitu juga wang-wang kertas Saudi-Rial tidak laku di Malaysia!
Ini bermakna semua urusan kehidupan ketika ini adalah tercemar! Termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas. Ibadah haji & umrah, pembayaran zakat dan lain-lain lagi. Malah sebuah kehidupan Deenul Islam adalah tercemar dengan penipuan amalan riba di abad ini!
Rujukan: Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)




