Saturday, April 30, 2011
Friday, April 15, 2011
Thursday, April 14, 2011
DILEMA PEMILIK EMAS!
KEADAAN ekonomi Thailand yang lembap dan harga emas yang meningkat menyebabkan ramai penduduk menjual barang kemas warisan keluarga untuk meneruskan kehidupan.
"Ini ialah barang kemas pusaka," kata seorang nenek, Pannee Sae Kaow yang berdiri di luar kedai emas di Chinatown, Bangkok sambil menggenggam rantai leher emas yang telah pudar warnanya yang diberikan ibunya bertahun-tahun dahulu.
"Keadaan ekonomi sekarang menyebabkan saya tiada pilihan, selain menjualnya. Semua harga barang telah naik dan sukar untuk terus hidup dalam situasi begini. Tambahan pula, kami bukan orang kaya," ujar nenek berusia 78 tahun ini.
Seperti kebanyakan 65 juta penduduk Thailand, Pannee yang memperoleh pendapatan RM646.00 sebulan hasil daripada jualan di gerai kecilnya, tidak keseorangan menghadapi dilema kenaikan harga barang yang semakin meningkat.
"Saya terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan wang bagi membayar bil," kata Jureerat Pongkum yang bekerja secara sambilan di kedai kopi di Bangkok.
"Harga barang terus melambung naik tetapi kuantiti makanan atau barang yang anda dapat tetap sama. Bayaran gaji kami juga sama," ujar Jureerat, 24, sambil mengelap lantai.
"Ini adalah kerja pertama saya selepas menamatkan pengajian di kolej tetapi ia tidak mencukupi. Saya ingin lakukan lebih banyak kerja sambilan. Apa yang boleh saya buat? Anda perlu makan untuk meneruskan kehidupan."
Kerajaan baru Thailand kini sibuk memperkatakan tentang ekonomi dan memberitahu bahawa projek infrastruktur utama awam tidak lama lagi akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi daripada 4.7 peratus pada 2007 kepada 5.5 peratus pada tahun ini.
Bagaimanapun, pasaran emas domestik tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kembali seperti sediakala.
Peniaga berkata, pembelian emas terlalu mahal untuk kebanyakan warga Thailand. Oleh itu, mereka membekukan pajak gadai untuk barang kemas dan menjualnya di luar negara.
Keuntungan yang mereka peroleh ialah daripada diskaun lima peratus yang diberi oleh kerajaan berbanding harga pasaran. Ini membolehkan mereka membayar pelanggan yang menjual cincin, gelang dan rantai pusaka.
"Tidak ramai pelanggan pada masa kini kecuali yang datang untuk menjual barang kemas mereka," kata seorang peniaga emas, Montree, 40.
Harga emas antarabangsa mencatat rekod tertinggi berikutan permintaan tinggi daripada pelabur.
Menurut perangkaan Kementerian Perdagangan Thailand, negara itu mengeksport 76 tan emas pada 2007, meningkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Dalam masa sehari pada bulan lepas, kami telah mengeksport sehingga 500 kilogram emas. Sejak harga emas meningkat sehingga RM2,563 satu auns, lebih ramai orang menjual barang kemas mereka," kata pemilik kedai emas, Jinda.
Ketua World Gold Council's Far East, Albert Cheng berkata, Thailand menunjukkan permintaan pelaburan sehingga 18 tan emas pada 2007, jauh lebih rendah daripada India dan Vietnam yang mencatat 56 tan manakala China, 24 tan.
"Dalam dunia hari ini, orang membeli emas sebagai pelaburan dan kemudian mereka menjualnya semula. Di Thailand, kebiasaannya orang suka membayar wang dan membawa pulang emas ke rumah. Apabila harganya naik, mereka akan menjualnya semula untuk mendapatkan wang.
"Adalah normal untuk rakyat Thailand memiliki barang kemas di kawasan perkampungan atau luar bandar. Ini merupakan cara bagaimana mereka mengumpul kekayaan. Apabila memerlukan wang, mereka akan memajak atau menjualnya," jelas Albert.
Ekonomi yang perlahan dan emas yang semakin bernilai turut menyebabkan pemotongan kos membina patung Buddha dan pagoda di Thailand.
Sebaliknya, mereka akan menggunakan bahan fiber sintetik berbanding daun emas dalam pembinaan baru melibatkan projek itu.
"Daun emas merupakan satu-satunya perniagaan keluarga. Tetapi saya tidak boleh meneruskannya lagi," kata Sureeporn Panichrum yang hanya mampu menyaksikan perniagaannya bakal ditutup.
"Bahan mentah terlalu mahal dan kebanyakan orang tidak mahu menggunakan daun emas asli lagi."
Daun emas sintetik mungkin tidak berkilat seperti yang asli, tetapi ia lebih murah menyebabkan ramai orang memilihnya. Kuil-kuil juga turut diubah kepada cat tiruan.
"Setiap benda yang digunakan untuk berkilat adalah cat tiruan berwarna kuning. Memang ia menyedihkan. Sudah tidak banyak daun emas yang tinggal untuk dilihat di kuil sekarang," kata seorang tukang cat, Jullanop Nark-kaew, 54. - Reuters
SUMBER: http://www.kosmo.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)